Tuesday, August 24, 2010

Bahasa Malaysia

FOOT DETOX PATCH
Apa itu Foot Detox Patch?
Pad ini diperbuat dengan kualiti yang terbaik dari bahan-bahan semulajadi yang asli sesuai untuk kegunaan semua orang. Ianya terbukti selamat, efektif, bersesuaian dan merupakan suatu sistem rawatan luar badan yang paling ekonomi untuk menyahtoksin dari badan.

Apakah kandungan bahan-bahan dalam Foot Detox Patch ini?
Bamboo vinegar Liquid: 50%
Tourmaline: 2%
Pure Silicon: 8%
Glycol: 20%
Vitamin C: 10%

Apakah kesan toksin pada badan?
Toksin dalam badan berlebihan menyebabkan lemah tubuh badan, sering jatuh sakit dan senang mengundang penyakit. Dengan gaya hidup masa kini tidak banyak membantu dalam menyahtoksin dari dalam badan. Imunisasi dalam badan bergantung kepada jumlah toksin dalam badan. Adalah penting untuk mengawal dan mengeluarkan toksin bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Adakah ianya selamat digunakan?
Ianya tidak menyalurkan bahan kimia berbahaya ke dalam badan. Ianya hanya merawat di luar badan dan hanya mengeluarkan toksin–toksin dari dalam. Kandungannya tidak meresap masuk ke dalam badan. Walaubagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya jangan menggunakannya jikalau ianya mendatangkan kesan alergi. Ianya telah diuji serta selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang berat. Sebagai permulaan, dicadangkan menggunakan 2 pad sekaligus pada satu tapak kaki. Kesannya akan kelihatan sebaik sahaja bagun dari tidur. Pad didapati kesan kehitaman atau coklat gelap, basah dan melekit berbanding sebelumnya. Kepekatan warna menandakan jumlah toksin yang berada dalam badan.

Cara pemakaian dan tempat untuk dipakai


Setiap pad datang dengan pelekatnya sendiri untuk dilekap pada kulit. Ianya senang dilekatkan dan ditanggalkan. Kebiasaannya, pada ini dilekapkan pada tapak kaki tetapi boleh juga dilekapkan pada mana-mana bahagian badan kecuali bahagian yang terbuka. Untuk kesan yang maksimum, pakai selama 8 jam iaitu mula pakai ketika sebelum tidur bersama sarung kaki (stokin). TIDAK SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG, IBU MENYUSUKAN BAYI DAN UMUR DI BAWAH 16 TAHUN.

No comments:

Post a Comment